Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


lapangan terbang gerik
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
lapangan terbang



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Saturday, 29-May-2004 00:00
Gerik
Gerik terletak kira2 146 km dr ipoh dan 102 km dr kuala kangsar..terletak bersempadan dengan jeli di bahagian pantai timur yg jaraknya lebih kurang 115km.pekan2 berhampiran antarnya lenggong,55km dan baling,kedah,57km..

gerik merupakan 'ibu daerah' bagi daerah hulu perak yg merangkumi hutan belum,lenggong dan pengkalan hulu yg bersempadan dgn kedah..daerah nih mempunyai 2 kawasan parlimen iaitu lenggong dan gerik..dan mempunyai 4 dun..

keunikannya ialah dikelilingi hutan tebal yg masih tidak terusik lagi..difahamkan tempat nih diterokai oleh org2 melayu pattani yg lari dari siam..loghat di sini amatlah berlainan dr tempat2 lain di perak kerana loghatnya seakan-akan kelantan + kedah ..

bandar gerik majoritinya didiami oleh kaum cina yg mengusahkan perniagaan manakala org india amatlah sedikit kedapatan mereka disini..majoriti penduduknya adalah org melayu..

di gerik..segala2 kemudahan adalah lengkap walaupun tanggapan umum mengatakan tempat ni adalah terpencil dan tidak ada apa2 kemudahan..di sini terdapat masjid,kedai2,bank,kem askar dan pelbagai kemudahan lain..sama spt di tempat lain

bg mereka yg datang dr arah kuala kangsar..grik merupakan tempat persinggahan utama sebelum menuju ke arah pantai timur atau utara semenanjung iaitu baling..begitu juga sebaliknya

ini berdasarkan sumber dari web gerik online
Dari catatan sejarah, orang yang mula-mula membuka Gerik ialah Tun Saban iaitu anak Tun Perak, bendahara Kesultanan Melaka pada awal kurun ke-16. Semasa kejatuhan kerajaan Melaka ke tangan Portugis, Tun Saban berhijrah ke Hulu Patani dan kemudian berpindah ke Belum, Gerik. Beliau menjadi ketua masyarakat di Belum.

Gerik bersempadan dengan Negeri Reman di utara. Raja Reman menceroboh masuk ke Gerik dan menawan Klian Intan dan Kroh (Pengkalan Hulu). Menjelang kurun ke-19, sebahagian besar daerah Gerik telah ditakluki oleh Raja Reman. Pada tahun 1902, sistem pemerintahan beraja di Reman telah dihapuskan oleh kerajaan Siam dan daerah Gerik menjadi jajahannya.

Pada 9 Julai 1902, kerajaan Siam telah membuat perjanjian dengan kerajaan Inggeris untuk menyerahkan Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu untuk bernaung bawah pemerintahan Inggeris. Perjanjian tersebut telah ditandatangani di Bangkok oleh Sir John Anderson (Gabenor Negeri-negeri Selat) dan Setiausaha Luar Negeri Siam. Antara syarat dalam perjanjian itu, kerajaan Siam hendaklah juga menyerahkan balik daerah Gerik yang telah diambil oleh Raja Reman dahulu kepada kerajaan negeri Perak. Istiadat penyerahan daerah Gerik itu telah berlangsung di Kroh pada 16 Julai 1909.



Asal-usul Nama 'Gerik'

Kira-kira seratus tahun dahulu, tempat sekarang yang bernama Gerik itu masih diliputi hutan belantara dan masih terletak bawah pemerintahan Raja Reman. Dalam tahun 1870, beberapa orang telah datang dari Patani mengikut Sungai Hangai, lalu meneroka hutan di kuala sungai tersebut bagi dijadikan kampung. Mereka diketuai oleh seorang tuan bernama Tok 'Ad (Tok Sa'ad).

Tidak berapa lama selepas itu, Raja Reman yang bernama Tuan Jagong datang berburu gajah di Gunung Tujuh berhampiran dengan Kuala Kenderong. Baginda mendengar cerita bahawa tidak jauh dari situ ada kampung orang terletak di tengah-tengah hutan.

Ketika Raja Reman menghampiri kampung tersebut, baginda mendengar suatu bunyi yang ganjil terbit dari perdu serumpun buluh. Baginda memerintahkan supaya dipagar keliling perdu buluh itu dengan sasak dan menyuruh orangnya menggali di situ untuk mengetahui apakah benda yang mengeluarkan bunyi yang ganjil itu.

Setelah habis digali hingga ke pangkal perdu buluh itu, maka kelihatanlah berpuluh-puluh ekor dekan sedang menggerit umbi buluh. Oleh kerana umbi buluh itu sangat keras, maka terbitlah bunyi yang berkerit-kerit apabila digerit oleh dekan-dekan itu.

Raja Reman telah menamakan tempat itu Kampung Gerit. Sebutan 'Gerit' itu telah digunakan beberapa lama dan kemudiannya sebutan dan ejaannya diubah daripada 'Gerit' menjadi 'Grik', kemudian menjadi 'Gerik' seperti yang digunakan sekarang.

dekan : sejenis haiwan seakan-akan tikus; masih boleh ditemui di hutan Belum.


© Pidgin Technologies Ltd. 2016